« .:: caca marba life story ::. | Main | .:: Byebye 2006 and Hello my 2007 ::. »

Monday, 20 November 2006

.:: cerita hati ::.

Today is not a very good day I guess. Start dari pagi sampai la ke saat ni hati tak tenteram.Asyik kusut fikir macam-macam hal dalam kepala.Dari kerja,personal and macam-macam lagi.
Since morning hati dah tak berapa sedap.Puasa still diteruskan hari kedua ni.Entah la..kalau nak difikirkan hari-hari ada saje la benda nak dirungutkan tapi mulut pon dah naik letih otak pon kusut so lebih baik fikir pasal yang baik-baik jer.Tapi kita manusia, syaitan pon akan senantiasa la menghasut minda semua kan.Nak tak nak noor ain manusia yang imannya tak seteguh mana jatuh la kat tangan hasutan syaitan tu.Mula la dengan hari yang suam-suam ceria jer.Maybe malam tadi tak boleh tidur sampai banyak sangat masa nak fikir yang bukan-bukan sebelum tidur.Manusia noor ain....kau mmg manusia biasa.
Speaking of manusia biasa ni kan..Kadang-kadang ada jugak ask few people around.Apa sangat la yang ada kat diri ni berbanding orang lain yang masing-masing ada kelebihan dan daya penariknya.
Kadang-kadang hati kecil ni terganggu jugak tengok orang lain lebih menarik and ada banyak speciality.Bukan tak bersyukur tapi otak ni bermain-main la dengan soalan-soalan yang tak patut.
Bak kata seseorang,setiap manusia ade kelebihan tersendiri tapi kadang-kadang kita sendiri tak kan sedar sebab orang lain yang tengok diri kita.Lebih baik bersyukur dengan apa yang kita ada.Sekalipun kita kurang sedikit berbanding orang lain, thankful and cherish la apa jua yang ada dengan diri kita.
Entah la..tak tahu la..Bukan nak jadi someone yang hebat.Iman pon tak la sehebat mana.Asyik lalai dengan macam-macam dugaan.Hati lagi la lemah.Tapi sebagai manusia yang akalnya masih berfungsi baik hatinya masih tidak sekotor mana jantung masih berdegup and day by day macam-macam dugaan ditempuh.Bila tengok orang lain sedih simpatinya mengalahkan dewa.Bila hati sendiri sedih luluhnya tak terkata.Lemah sangat ke Noor Ain ni?Mana perginya peribadi yang disayangai dan disenangi?Teruk sangat ke kerja kat oficce sampai macam ni lah jadinya.Beban sangat ke study sampai kusut begini.Hmm..lagi sekali..soalan jugak yang menyusul.Susah nak kata selagi macam-macam soalan main dalam kotak fikiran ni..selagi tu noor ain akan cuba cari jawapannya.
Maybe kena belajar satu perkara dalam hidup..belajar menerima kenyataan..kalau bulat jadi bulat lah dia..kalau lonjong,maka lonjong lah dia..tafsir lah sendiri noor ain.Pendek ringkas mudah contoh diberikan.Biar apa kata orang lain.Pucuk pangkal diri sendiri hati sendiri.Nak terima,terimalah diri ni..kalau tak nak maka beredar la dengan haluan sendiri.Tak siapa paksa tak siapa nak dipaksa.
Sungguhpun tak ada sebarang speciality dalam diri ni tapi hati ni cukup besar nak dikongsi dengan siapa-siapa saja.Cuma pandai-pandai lah appreciate and jaga jangan sampai benda yang ikhlas rosak sebab masalah hati.

Salams,
ain

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .